Konspirasi Mengenai Biosenjata AS, Ini Bukan Filem Perisik

2021-10-19 11:54:39  CRI
Share with:

Konspirasi Mengenai Biosenjata AS, Ini Bukan Filem Perisik_fororder_2020071413415753233_1

Timbalan Menteri Pertahanan Kazakhstan, Amirbek Togusov mendedahkan bahawa tentera AS sedang mengadakan ujian percubaaan virus yang bahaya di negara itu kepada Rusia.

Memetik kata-kata beliau, “Kami macam monyet dalam makmal, wilayah kami menjadi tapak percubaan bagi Pentagon untuk mencuba virus baharu. Kerajaan Kazakhstan tidak berhak mengawal makmal tersebut, ia beroperasi secara rahsia.”

Apa yang jadi selepas itu? Beliau mati secara tiba-tiba.

Ini bukan jalan cerita filem perisikan baharu atau 007, tapi inilah yang benar-benar terjadi pada tahun lalu.

Berdasarkan maklumat terbuka dari AS, sekurang-kurangnya terdapat 6 fasiliti pengajian biologi diperuntukan Pentagon ditubuhkan di Kazakhstan sejak tahun 2005.

Manakala, media Rusia mendedahkan AS menubuhkan lebih 400 buah makmal biologi milik tentera di 25 buah negara dan kawasan di dunia, antaranya termasuk banyak negara bekas anggota Kesatuan Soviet.

Saintis dari Jerman dan Perancis pernah secara terbuka menyatakan kebimbangan terhadap begitu banyak makmal biologi tentera AS dekat Rusia dan China. Dalam rencana yang bertajuk “Pengajian Pertanian atau Sistem Senjata Biologi Baharu” yang diterbitkan dalam majalah “Science”, mereka berpendapat makmal-makmal tersebut menyasarkan ketenteraan dan mengadakan ujian percubaan di tempat yang jauh dari wilayah diri.

Makmal biosenjata yang bahaya macam ini bukan hanya terletak di Asia Tengah, tapi juga didapati di pelbagai negara sekutu AS.

Satu jabatan pendidikan keselamatan di Korea Selatan telah secara rasmi menyerahkan dakwaan kepada mahkamah mengenai Fort Detrick AS melanggar undang-undang negara itu, sekurang-kurangnya 15 kali membawa kuman antraks ke Korea Selatan dan menubuhkan makmal biosenjata di pelabuhan Busan.

Makmal peringkat tertinggi seperti Fort Detrick masih terdapat 14 lagi. Secara zahirnya, mereka berperanan menjamin keselamatan biologi, tapi sebenarnya mempunyai misi mengkaji biosenjata dan secara tidak langsung menambah risiko kebocoran kuman dan virus peringkat senjata.

Konspirasi Mengenai Biosenjata AS, Ini Bukan Filem Perisik_fororder_RalphBaric01-1280x640

Yang lebih menarik, pakar yang digelar “bapa koronavirus” Ralph Baric yang berkemampuan mencipta koronavirus baharu mempunyai kerjasama rapat dengan makmal-makmal tentara AS, mendapat kontrak mengkaji vaksin coronavirus baharu pada 12 Disember 2019. Pihak pemeterai yang lain termasuk Institut Kesihatan Negara (NIH) AS dan Monderna, betul, syarikat antara yang terawal memasarkan vaksin COVID-19.

Masalahnya kes pertama di Wuhan dikesan pada 12 Disember 2019, tapi pada masa itu China pun belum mengetahui tentang virus tersebut.

Setelah membaca begitu banyak berita yang menarik dan saling berkaitan, tertimbul ketakutan yang mendalam pada Satria atas kemungkinan kebocoran makmal biosenjata AS.

Antara fakta lainnya adalah, AS menarik diri dari “Konvensyen Kawalan Biosenjata” pada tahun 2001. Dalam 20 tahun yang lalu, AS merupakan negara yang satu-satunya mengganggu rundingan pemeriksaan kawalan biosenjata.

Kalau AS mendakwa COVID-19 merupakan virus yang dicipta sebagai biosenjata dan kebocoran dari makmal negara lain, sebaiknya segera kembali ke “Konvensyen Kawalan Biosenjata” supaya pemeriksaan secara menyeluruh terhadap kajian biosenjata boleh dilaksanakan di seluruh negara terlibat.

张弘