Sektor Perindustrian, Teknologi Maklumat China Terus Kukuh

2021-10-20 13:41:04  CRI
Share with:

Prestasi sektor perindustrian dan teknologi maklumat China terus kukuh, disumbang rantai bekalan terjamin serta transformasi dan inovasi diperkasa.

Menurut Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT), nilai tambah industri pembuatan berteknologi tinggi pada tiga suku pertama tahun ini meningkat 20.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Ekonomi domestik didorong oleh penggerak baharu termasuk kenderaan tenaga alternatif, robot perindustrian, peralatan perubatan dan sebagainya.

"Industri baharu seperti data raya, realiti maya (VR), fotovolta pintar, peralatan sukan ais dan salji, jualan menerusi penstriman langsung, serta teleperubatan juga berkembang pesat," kata jurucakap MIIT, Luo Junjie kepada media di sini, Selasa.

Dalam tempoh tersebut, jumlah urus niaga telekomunikasi meningkat 28 peratus dengan pendapatan naik sebanyak 8.4 peratus.

"Terdapat 1.16 juta stesen pemancar 5G di China pada masa ini yang diakses oleh 450 juta pengguna, manakala rangkaian optik gigabit mampu meliputi lebih 200 juta keluarga," katanya.

Selain itu, lebih 1,800 projek "5G+internet perindustrian" sedang dalam pembinaan, bertujuan  meluaskan pengaplikasian teknologi berkenaan dalam sektor utama ekonomi domestik.

梁靓