China Komited Jayakan Persidangan Iklim Glasgow

2021-10-20 13:49:48  CRI
Share with:

Delegasi China akan memainkan peranan membina bagi menjayakan Persidangan Ke-26 Negara Ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow.

Demikian dikatakan Utusan Khas China mengenai hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Xie menyatakan bahawa Persidangan Perubahan Iklim COP26 yang bakal diadakan di Glasgow, Britain amat signifikan kerana merupakan persidangan pertama mengenai fasa pelaksanaan setelah Perjanjian Paris dikuatkuasakan.

Beliau akan berlepas ke Glasgow untuk menghadiri persidangan ini.

覃淼