AS Tidak Layak Menuduh Xinjiang China

2021-10-20 16:29:01  CRI
Share with:

Pemimpin Amerika Syarikat (AS)  mengheboh-hebohkan "penindasan" dan "kerja paksa" di kalangan rakyat Uygur di Xinjiang dalam syarahannya baru-baru ini dan mengambinghitamkan dasar pentadbiran China di Xinjiang.

Namun AS yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk tidak layak untuk menjadi "pembela hak asasi manusia" dan tindakan seumpama ini hanya akan mendedahkan dwistandardnya dalam isu hak asasi manusia.

AS sentiasa menyifatkan diri sendirinya sebagai pembela demokrasi dan hak asasi manusia, namun rekodnya dalam bidang itu amat buruk.

Untuk rekod, lebih 240 ribu orang terkorban dalam perang yang dicetuskan AS di Afghanistan, 47 ribu antara mereka adalah orang awam.  Malapetaka kemanusiaan ini diakibatkan AS berikutan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan bertopengkan hak asasi manusia.

Sebaliknya, China berjaya mengambil tindakan antikeganasan yang berkesan. Tiada kes keganasan berlaku di Xinjiang selama empat tahun berturut-turut. Dalam pada itu, kestabilan sosial, pertumbuhan ekonomi yang pesat, perpaduan etnik dan keharmonian agama telah diwujudkan di wilayah tersebut. Penduduk tempatan dari semua etnik menikmati kehidupan bahagia dengan hak sah mereka terjamin sepenuhnya.

Negara-negara membangun termasuk negara Islam masing-masing mengeluarkan  bantahan atas tindakan AS yang mengambinghitamkan Xinjiang, China. Ini membuktikan masyarakat antarabangsa tidak lagi mempercayai maklumat palsu yang tersebar AS.

AS digesa melihat dengan tepat rekod hak asasi manusia sendiri yang buruk, menangani urusannya sendiri dengan baik, menghentikan tindakan mencampuri dalam urusan dalaman negara lain dan menjejaskan kepentingan negara lain dengan bertudung hak asasi manusia.

覃淼