Singapura Lanjutkan Fasa Penstabilan Sehingga 21 November

2021-10-21 15:46:17  CRI
Share with:

Singapura akan melanjutkan Fasa Penstabilan selama empat minggu lagi hingga 21 November kerana lebih banyak masa diperlukan bagi menstabilkan tekanan yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan di negaranya.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung dan Menteri Kewangan, Lawrence Wong Shyun Tsai yang memimpin bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19  pada Rabu lalu.

Menurut mereka,  Fasa Penstabilan dijadual berakhir pada 24 Oktober untuk memperlahankan kadar penularan virus dan melindungi sistem penjagaan kesihatan.

Namun, sekarang 90 peratus katil di wad pengasingan dan dua pertiga daripada jumlah katil di Unit Rawatan Rapi(ICU) telah diambil guna. Antaranya dua pertiga disediakan kepada golongan warga emas yang berusia lebih 60 tahun ke atas yang tidak pernah menerima suntikan vaksin.

Jumlah jangkitan COVID-19 di Singapura merekodkan 74,641 dalam tempoh 28 hari lalu, dan kes kematian mencatat 139 .

胡星