Dakwaan Menerusi 10,000 Buah Pisang di Wall Street

2021-10-21 15:45:20  CRI
Share with:

Baru-baru ini, 10,000 buah pisang dilonggokkan di sebelah patung Bronze Bull yang terletak di Wall Street, yang merupakan mercu tanda terkenal di bandar  New York, Amerika Syarikat(AS), manakala sebuah patung gorila baharu didirikan di seberang jalan itu.

Menurut penganjur kempen,  tindakan ini adalah untuk memprotes jurang yang semakin meluas antara golongan kaya dengan miskin serta kapitalisme yang kejam di negara itu. Gorila mewakili masyarakat lapisan bawah yang sedang bekerja keras untuk kehidupan, manakala 10,000 buah pisang membawa maksud Wall Street telah menjadi "gila".

Statistik terkini dari Rizab Persekutuan Amerika(FED) menunjukkan, 10 peratus populasi yang merupakan golongan paling kaya di negara itu memegang 89 peratus saham dan fund daripada jumlah keseluruhannya  yang mencipta rekod tertinggi dalam sejarah.  Pendaptan golongan "super kaya" yang menduduki satu peratus terdepan di negara itu telah melebihi jumlah keseluruhan pendapatan yang diperolehi kelas pertengahan.

Pada masa yang sama, keputusan tinjauan umum yang dijalankan Universti Harverd menunjukkan,  40 peratus keluarga daripada masyarakat lapisan bawah sedang mengalami kesukaran ekonomi serius, 20 peratus antaranya telah menghabiskan simpanan mereka. Pandemik COVID-19 sedang memburukkan lagi “Matthew Effect", iaitu yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Fenomena itu diakibatkan dasar pelonggaran kuantitatif(QE) yang menaikkan nilai aset golongan yang kaya di AS. Pada hakikatnya, jurang perbezaan yang terlalu besar antara golongan kaya dengan miskin sudah wujud sekian lama di kalangan masyarakat AS.

Pertentangan mendalam yang wujud kapitaliseme mengakibatkan kerajaan AS yang dianggap sebagai satu-satunya kuasa terhebat di dunia lalai dalam menangani masalah kemiskinan tegar.  Segelintir kecil golongan elit di negara itu menjadi hamba kepada kapital. Ketika menghadapi masalah jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miksin, mereka hanya menumpukan kepada usaha merlindungi kepentingan sendiri.

AS pasti akan mengalami krisis serius jika politikus terus mengabaikan masalah ketidaksaksamaan di negara itu. 

胡星