Kerajaan Tempatan dan Syarikat Patut Ubahsuaikan Diri Dengan Sasaran Kawalan Karbon

2021-10-21 16:43:13  CRI
Share with:

Kerajaan Tempatan dan Syarikat Patut Ubahsuaikan Diri Dengan Sasaran Kawalan Karbon_fororder_download

Bulan lalu kawan Satria pernah kongsi gambar sedang menguruskan bisnes di dalam kedai kopi. Ketika Satria tanya dia mengapa tidak lagi bekerja di pejabat, dia jawab kilangnya dituntut mengurangkan separuh penggunaan tenaga. Oleh itu meskipun cuaca masih panas pada masa itu, syarikatnya memutuskan menghentikan operasi semua penyaman udara di pejabat untuk menjamin pengeluaran kilang. 

Sekatan penggunaan elektrik tiba-tiba berlaku di beberapa provinsi di China pada bulan lalu, termasuk Jiangsu, kampung halaman Satria.

Kata kawan Satria, ini disebabkan kerajaan pusat menetapkan piawaian penggunaan tenaga untuk setiap provinsi pada awal tahun ini. Namun, mengambil kira faktor pelbagai unsur termasuk keperluan pasaran antarabangsa yang tinggi, hingga bulan Ogos saja, piawaian bagi beberapa provinsi telah hampir habis digunakan. 

Bagi Satria ini telah mencerminkan janji China untuk mewujudkan punca pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060 bukan sekadar cakap kosong saja. 

Bagaimanapun, juga terdapat pelbagai provinsi yang melaksanakan sasaran penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon dengan baik. Antaranya termasuk Provinsi Shandong. 

Sebagai provinsi satu-satunya yang mempunyai kesemua 41 sektor industri di China dan jenama terkenal seperti Haier dan Hisense, keperluan tenaga tempatan sebenarnya sangat tinggi. Shandong merupakan provinsi dengan penggunaan batu arang terbesar di China. 

Bagaimanapun, penggunaan pelbagai tenaga bersih juga berkembang pesat di Shandong. Jumlah janakuasa tenaga angin, suria dan biojisim di Shandong kini menduduki No.1 di seluruh China! Bahkan, saban tahun juga kuotany terus meningkat. 

Minggu ini, Mesyuarat Menteri Tenaga “Jalur dan Laluan” diadakan di Qingdao, Shandong. Pemimpin Shandong menyatakan akan terus menggalakkan perkembangan tenaga bersih seperti angin dan hidrogen bagi mewujudkan sasaran punca pelepasan karbon dan neutral karbon. Pada masa yang sama, Shangdong juga bersedia bekerjasama dengan lebih 30 buah negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa bagi menghijaukan penggunaan tenaga tradisional dan juga mengembangkan tenaga baharu. 

Bagi pelbagai provinsi yang telah menghadapi amaran penggunaan tenaga, tekad kukuh kerajaan puast telah dilihat dengan jelas, Satria mencadangkan mereka melihat ini sebagai peluang untuk mengubahsuaikan struktur tenaga. 

Kerajaan tempatan perlu ada agenda yang lebih jelas dan pragmatik mengenai penggunaan tenaga untuk tahun depan, pada masa yang sama juga menjamin penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon tidak banyak mempengaruhi pengeluaran syarikat dan kehidupan rakyat. 

Pelbagai syarikat pula perlu menyedari bahawa dengan kawalan wabak yang berkesan, kilang di China beroperasi dengan baik. Tapi dengan impak pandemik, harga bahan mentah dan sember tenaga di pasaran antarabangsa meningkat secara besar-besaran. Tambah lagi kos pengangkutan laut dan pelbagai unsur yang lain, kos pengeluaran turut sama meningkat. 

Walau bagaimanapun, kemampuan perbelanjaan di kebanyakan negara sebenarnya menurun. Ini menjadikan pelbagai syarikat di China susah meningkatkan harga jualan bagi mengimbangkan penaikan kos. 

Dengan keadaan ini, pilihan yang lebih bijak mungkin bukan terus mengeluarkan sejumlah besar produk, tapi menggunakan peluang ini untuk menaiktarafkan teknologi dan fasiliti yang lebih menjimat tenaga dan meningkatkan nilai tambahan.

Bagi pelbagai provinsi atau syarikat di China, siapa yang mampu mengubahsuaikan diri dengan sasaran kawalan pelepasan karbon dengan lebih awal, ia akan mewujudkan perkembangan lebih cemerlang pada masa depan.

张弘