Tindakan Tunjuk Kekuatan Ketenteraan AS Bimbangkan Dunia

2021-10-22 14:38:05  CRI
Share with:

Tindakan Tunjuk Kekuatan Ketenteraan AS Bimbangkan Dunia_fororder_微信图片_20211022143352

Sejumlah pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menggembar-gemburkan lagi apa yang disebut "ancaman China". Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin mengutuk China yang meningkatkan daya pertahanan dan memajukan sistem senjata  "meruncingkan situasi serantau".  Duta besar perlucutan senjata AS pula menfitnahkan China dan Rusia  "memburukkan lagi perlumbaan senjata".

Sebuah kuasa besar yang tahayul tentang ketenteraan dan "menunjuk-nunjuk kekuatan ketenteraan" di serata dunia malah menuduh negara lain. Matlamatnya hanya mencari alasan untuk meningkatkan kekuatan ketenteraannya sendiri dan terus melaksanakan hegemoni cara AS di dunia.

Pada sebulan yang lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan Akta Kebenaran Pertahanan Negara(NDAA) 2022 untuk menyediakan belanjawan sebanyak USD770 bilion(RM3,199.7 bilion) kepada Pentagon dan bertambah USD25 bilion(RM103.8 bilion) berbanding dengan belanjawan yang dikemukakan oleh White House. Antaranya, USD28 bilion(RM116.3 bilion) digunakan untuk rancangan senjata nuklear yang dilaksanakan Jabatan Tenaga negaranya.

Selain itu, pengumuman mengenai kerjasama keselamatan tiga hala antara AS, Britain dan Australia (AUKUS) dan penandatanganan perjanjian perkongsian teknologi dan penghasilan kapal selam nuklear dipercayai akan menjejaskan keseimbangan strategi di rantau Asia-Pasifik dan mengakibatkan pelbagai risiko seperti Perang Dingin, perlumbaan senjata dan pencambahan nuklear di rantau ini. Hampir kesemua negara daripada Asia Timur Laut kepada Asia Tenggara berasa bimbang akan AUKUS tersebut.

Sebaliknya, pembangunan pertahanan negara dan pembinaan kekuatan ketenteraan China sama sekali bertujuan untuk membela kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara sendiri tetapi tidak menyasarkan atau mengancam mana-mana negara lain. Perbelanjaan pertahanan China seimbang dengan taraf pembangunan ekonomi dan bertambah dengan stabil dan dalam tahap lingkungan sederhana.

Tidak lama dahulu, China mengemukakan inisiatif pembangunan sejagat dan memohon secara rasmi untuk menganggotai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). China terbukti sentiasa berperanan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global dan penjaga order antarabangsa.

徐国玮