AS Digesa Hentikan "Farsa Politik Hak Asasi Manusianya"

2021-10-23 14:34:38  CRI
Share with:

AS Digesa Hentikan "Farsa Politik Hak Asasi Manusianya"_fororder_63589366

Jabatan Negara AS mengeluarkan kenyataan pada Khamis Lalu yang memfitnah "hak asasi manusia dan kebebasan terus terhakis di Hong Kong(HK) ", mencaci Undang-undang Keselamatan Negara China melibatkan Hong Kong dan mengemukakan tuntutan dengan alasan yang bukan-bukan agar China membebaskan perusuh anti-China yang ditangkap di HK.

Sebenarnya, kenyataan yang sudah basi ini tidak boleh menipu sesiapa pun dan hanya akan mendedahkan amalan dwi standard AS dan niat jahatnya untuk mengacaukan Hong Kong. China telah mengeluarkan senarai berhubung tindakan AS yang mencampuri urusan HK dan sokongan kepada kuasa anti China di HK pada bulan lalu.

Dalam pada itu, perwakilan dari beberapa negara membuat ucapan pada sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bansa Bersatu (UNHRC) baru-baru ini untuk menghuraikan pendirian bahawa prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain merupakan batu asas ketertiban antarabangsa. Isu melibatkan HK merupakan urusan dalaman China dan tidak boleh dicampuri kuasa luar.

Lebih 60 buah negara membuat kenyataan bersama dalam Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-76 menyokong usaha China dalam melaksanakan "dasar satu negara dua sistem" di HK dan menentang tindakan mempolitikkan hak asasi manusia serta mengamalkan dwi-standard.

AS yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk tidak layak untuk menjadi "pembela hak asasi manusia" dan farsa politiknya perlu dihentikan.

覃淼