Lindungi Sungai Kuning, Kekal Pembangunan Hijau

2021-10-24 16:00:58  CRI
Share with:

Lindungi Sungai Kuning, Kekal Pembangunan Hijau_fororder_480181812

Usaha merlindungi Sungai Kuning dan menjamin kesejahteraan penduduk di kawasan aliran sungai itu merupakan urusan penting negara.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Parti Komunis China(PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika menganjurkan simposium mengenai merlindungi ekologi kawasan aliran Sungai Kuning dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi di provinsi Shandong baru-baru ini.

Xi menegaskan, usaha perlu diperkasakan untuk menjamin perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan aliran sungai tersebut dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonom negara ini.

Presiden Xi sentiasa menumpukan kepada perlindungan persekitaran ekologi dan pembangunan berkualiti tinggi di kawasan aliran Sungai Kuning. Dalam tinjauan kali ini, beliau telah mengunjungi ke muara Sungai Kuning untuk mendapat maklumat tentang kerja perlindungan terhadap kawasan perlindungan alam sekitar di Delta Sungai Kuning, di samping meninjau persekitaran ekologi tanah lembab di sana.

Ketika mengunjungi Medan Minyak Shengli, Xi berkata, sumber perlu ditumpukan untuk membangunkan teknologi kunci bagi meningkatkan mutu dan kecekapan penggunaan sumber tenaga serta pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

Dalam perkembangan lain, presiden Xi turut mengemukakan tuntutan kepada kerja peningkatan usaha mencegah bencana alam, perlindungan persekitaran ekologi, pembangunan industri bercirikan tempatan dan penggalakkan revolusi sumber tenaga.

Kerja yang digariskan Presiden Xi tersebut memaparkan konsep tamadun ekologi serta tekad China untuk merealisasikan modenisasi dengan mengekalkan jalan pembangunan hijau.

覃淼