Wakil China di PBB: Kami Hantar Pasukan Pengaman Paling Ramai

2021-10-25 12:49:05  CRI
Share with:

Wakil China di PBB: Kami Hantar Pasukan Pengaman Paling Ramai_fororder_微信图片_20211025125235

China selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak sekian lama memainkan peranan yang setimbal dengan satu negara gergasi,  dan giat memikul tanggungjawab dalam memelihara kedamaian dunia dalam tempoh 50 tahun lalu. Wakil tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata demikian ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

China dengan aktif menyertai tindakan pengaman PBB, terbukti dengan penglibatan lebih 50 ribu orang warganegaranya dalam sebanyak 29 misi kedamaian. Pada tahun lalu, China mendorong UNSC agar meluluskan resolusi 2518, yang pertama dalam sejarah PBB tentang keselamatan pengaman.

Zhang menyatakan bahawa konsep yang diamalkan China, beserta cadangan, tindakan dan pencapaiannya dapat disaksikan dalam usaha mendorong pembangunan dunia. Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang disarankan China telah mendapat sahutan aktif daripada 140 buah negara dan 32 buah pertubuhan antarabangsa. Tabung Pembangunan Damai China-PBB yang ditubuhkan China sudah memberikan sokongan kepada lebih 110 buah projek dan membawa manfaat kepada lebih 100 buah negara dan kawasan.

Selain itu, China dengan aktif menjalankan kerjasama Selatan-Selatan, antaranya menghulurkan bantuan pembangunan kepada 166 buah negara dan pertubuhan antarabangsa di samping memberikan bantuan kepada lebih 120 buah negara untuk melaksanakan Matlamat Pembangunan Milenium ( MDGs ) dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.  

Selepas wabak COVID-19 tercetus, China telah membekalkan barangan bantuan kepada lebih 150 buah negara dan menyediakan vaksin kepada lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

曹捷