AS Gagal Bina Afghanistan yang Demokratik: Zalmay Khalilzad

2021-10-25 15:08:33  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) gagal membina Afghanistan yang demokratik mengikut piawaiannya selepas dua dekad melibatkan diri dalam perang di negara itu, kata mantan utusan khas AS ke Afghansitan, Zalmay Khalilzad pada Ahad.

Beliau berkata, AS mengadakan rundingan dengan Taliban kerana gagal mencapai matlamat ketenteraan yang disasarkan.

Tambah beliau, meskipun cara pengunduran tentera AS dari Afghanistan tidak memuaskan hati, namun rakyat AS boleh berasa lega kerana perang Afghanistan telah berakhir.

张哲