Xi Utus Tahniah Pelancaran Saluran TV Olimpik

2021-10-25 16:52:27  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah atas pelancaran saluran Olimpik kendalian Kumpulan Media China (CMG) serta platform digitalnya.

Xi dalam perutusannya mahukan saluran TV itu berkisah tentang cerita sukan China dan menyemarakkan semangat bersukan bangsa Cina menerusi pembudayaan Olimpik.

Beliau juga menegaskan perlunya saluran berkenaan berperanan bagi memperkasakan kerjasama kesukanan di peringkat global, sekali gus menggalakkan persefahaman di kalangan rakyat serta saling belajar antara tamadun China dengan negara lain.

Saluran Olimpik Televisyen Pusat China (CCTV-16) dilancarkan secara rasmi pada pukul 4 petang tadi.

董筱娉