China Rekod Lonjakan Kes Jangkitan Babitkan 11 Wilayah

2021-10-25 12:04:15  CRI
Share with:

China Rekod Lonjakan Kes Jangkitan Babitkan 11 Wilayah_fororder_1025a

Jangkitan domestik COVID-19 melonjak kepada 133 kes setakat Sabtu, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China.

Naib Pengarah Biro Kawalan dan Pencegahan Penyakit NHC, Wu Liangyou berkata, terdapat 106 kes daripada jangkitan tempatan tersebut dikaitkan dengan perjalanan rentas wilayah membabitkan 13 rombongan pelancong atau pelancong secara memandu sendiri.

Ketika bercakap kepada media pada Ahad, Wu mengesahkan bahawa pemerebakan kali ini membabitkan jenis varian Delta dari luar negeri.

Dalam pada itu, jurucakap NHC, Mi Feng menyatakan, risiko penularan wabak itu semakin meningkat dengan kes sporadik dikesan di sebelas wilayah sejak 17 Oktober.

董筱娉