China, Pembina Keamanan Dunia

2021-10-26 15:11:44  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengulangi komitmen China untuk terus menempuh jalan pembangunan secara damai dan berperanan sebagai pembina keamanan dunia, dalam ucaptamanya sempena sidang memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China  (PRC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Pemulihan kerusi PRC dalam PBB bukan sahaja meningkatkan kesejagatan, keberperwakilan dan kewibawaan PBB, tetapi juga menambah kekuatan yang menegakkan keamanan dan keadilan.

Sepanjang 50 tahun lalu, China mempraktikkan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai", tidak pernah mencetuskan peperangan atau konflik sekali pun, tidak menjajah tanah negara lain walau seinci pun.

China sentiasa bersatu padu dan bekerjasama dengan rakyat sedunia untuk mempertahankan keadilan antarabangsa.

Selaku salah sebuah anggota pengasas PBB, China berpendirian konsisten bahawa perselisihan harus diselesaikan secara damai, dan pendekatan kekerasan dielak dalam mengendalikan urusan antarabangsa.

Selain merupakan penyumbang dana kedua terbesar PBB, China juga bergelar penyumbang kedua terbesar kepada pembiayaan misi pengaman PBB dengan mengerahkan lebih 50,000 anggota tentera dalam operasi berkenaan.

Sementara itu, China aktif mengambil bahagian dalam proses kawalan dan pelucutan senjata antarabangsa, menyertai lebih 20 perjanjian dan mekanisme yang berkaitan.

Kesemuanya membuktikan segala janji dan komitmen dibuat China akan terus diterjemah dalam bentuk tindakan.

Mengapakah China mampu bergelar  pembina keamanan dunia? Ia lahirnya daripada legasi tamadun bangsa Cina bersejarah 5,000 tahun yang menjunjung tinggi keamanan, yang turut disebatikan dalam jiwa parti pemerintah China.

Justeru, China senantiasa komited untuk tidak mengejar hegemoni ataupun meluaskan lingkungan pengaruhnya di dunia.

Sepertimana dinyatakan Presiden Xi, manusia harus bersinergi dan bersolidariti ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan dan masa depan yang lebih gemilang.

梁靓