Pada 25 Oktober 1950, Pasukan Sukarela Rakyat China buat pertama kalinya bertempur di medan Semenanjung Korea.
Dalam perang selama 33 bulan, hampir 200 ribu orang askar China terkorban. Atau dengan lebih spesifiknya, sejumlah 197653 meninggal dunia untuk membela republik yang baru ditubuhkan.
Tapi jarang ada kawan di luar negara tahu antara para pahlawan yang korban itu, terdapat seorang askar yang menyembunyikan identiti diri menjadi askar pertama yang sukarela ke medan Semenanjung Korea untuk membela Tanah Air.
Namanya Mao Anying, anak sulung Pengerusi Mao Zedeng, pengasas Republik Rakyat China.
Pada 25 November 1950, markas Pasukan Sukarela Rakyat China dibomkan oleh beberapa buah pesawat AS, Mao Anying yang bekerja sebagai setiausaha di markas tak sempat melari ke luar pejabat.
Setelah maklumat ini disampaikan kepada Pengerusi Mao Zedong, beliau diam saja, menahan air mata dan nak merokok tapi tercari-cari mancis di depannya saja. Akhirnya, apa yang terpacul daripada mulutnya ialah dua baris ayat iaitu,
“Dalam peperangan, pasti ada yang terkorban. Sudah terdapat begitu ramai askar kita terkorban, jangan membesar-besarkan hal ini hanya kerana ia adalah anakku.”
Mao Anying, walaupun merupakan anak pemimpin terbesar China, beliau tidak pernah menikmati apa jua layanan istimewa, sebaliknya mengalami banyak kesengsaraan dan selalu semangat untuk berjuang tidak pernah sedikit pun terluntur.
Dalam riwayatnya, ketika baru berumur 8 tahun, Anying dan ibunya tertangkap oleh musuh. Lebih memeritkan, beliau dipenjarakan sambil terpaksa menyaksikan ibunya menjadi korban. Selepas itu ia berulang kali mengalami serangan dalam pengembaraan, adiknya terbunuh. Ketika berumur 14 tahun, beliau dihantar ke tadika antarabangsa di Kesatuan Soviet.
Hingga WWII tercetus, Anying menyertai tentera Kesatuan Soviet untuk melawan pencerobohan Jerman. Beliau pernah memimpin kompeni kereta berperisai bertempur Belarus, Poland dan Czech.
Sehinggalah tahun 1946, barulah beliau pulang ke China dan bersatu semula dengan ayahnya, Mao Zedong.
Ketika China memutuskan membantu Korea Utara melawan tentera AS, Anying bertemu dengan Panglima Pasukan Sukarela Rakyat China, Peng Dehuai yang datang ke rumahnya untuk bertemu dengan Pengerusi Mao Zedong, segera memohon menjadi askar pertama Pasukan Sukarela Rakyat China.
Keputusan ini disokong oleh Pengerusi Mao Zedong. Katanya, “Saya sebagai pengerusi, kalau tidak menghantar anak diri untuk membela negara, habis itu saya nak menghantar anak siapa lagi?”
Dalam diari Mao Anying, beliau berulang kali mempersoalkan dirinya, “adakah saya berkelayakan sebagai anak Pengerusi Mao Zedong?”
Setelah beliau terkorban, isterinya tanya soalan itu kepada ayahnya. Jawapan Pengerusi Mao Zedong adalah “Anying adalah kebanggaanku.”
Adakah korban Mao Anying dan lebih 197 ribu lagi askar China di medan Korea berharga?
Kalau bukan kerana perjuangan mereka, Republik Rakyat China mungkin dimusnahkan ketika berumur setahun saja.
Kalau bukan kerana perjuangan mereka, kerusi Republik Rakyat China di PBB tidak mungkin dipulihkan.
Kalau bukan kerana perjuangan mereka, Satria mungkin tidak berpeluang mengkongsikan cerita-cerita dengan saudara setiap hari di page ini.