Wang Yi Bakal Lawat Empat Negara Eropah

2021-10-26 11:44:06  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi bakal melawat Greece, Serbia, Albania dan Itali pada 27 hingga 29 Oktober, menurut jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Dalam sesi taklimat pada Isnin,  jurucakap itu berkata China dan empat negara tersebut adalah rakan kerjasama penting yang menjalin persahabatan kukuh dan kerjasama rapat melibatkan pelbagai bidang.

Sementara itu, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Menurutnya, sepanjang tempoh lawatan, Wang Yi akan mengadakan komunikasi mendalam dengan pelbagai pihak bagi menyemarakkan persahabatan tradisional, memperkasa kerjasama pragmatik dan menggalakkan pembangunan bersama.

China bersedia bersama empat negara itu untuk mempertingkat ikatan bilateral sambil mendorong perkembangan hubungan dengan Eropah serta kerjasama dengan negara-negara Eropah Timur dan Tengah (CEE), sekali gus menyuntik semangat baharu kepada usaha mempertahankan multilateralisme dan keadilan antarabangsa.

梁靓