Joe Biden Promosi HSR China

2021-10-26 14:54:33  CRI
Share with:

Joe Biden Promosi HSR China_fororder_src=http-%2F%2Fn.sinaimg.cn%2Fspider20211018%2F89%2Fw1080h609%2F20211018%2Fdb8c-2c2852ba8eff4d9751d54d0ad81a496d&refer=http-%2F%2Fn.sinaimg

“Tahukah anda, China sedang membina satu lagi landasan kereta api yang kelajuannya mencatat 300 batu sejam? Maksudnya dari sini ke Washington, kau akan memilih kereta api yang jauh lebih laju. Ini akan mengurangkan jutaan kenderaan di jalan dan menjimat puluhan juta tong minyak, membersihkan udara. Ini bukan cakap-cakap, ini ialah fakta!”

Kenyataan tersebut tampaknya seperti promosi HSR China kan? Sebenarnya, ia adalah ucapan Joe Biden ketika berada di kampung halamannya Scranton, Pennsylvania baru-baru ini.

Tujuan Joe Biden adalah untuk mempromosikan pelan pembinaan infrastrukturnya. Biden berancang memperuntukkan USD4 trilion untuk memperbaiki infrastruktur di AS, sekali gus menyediakan sejumlah besar peluang pekerjaan.

Kalau diikutkan dengan pengalaman China, ya, kaedah tersebut memang terbukti berkesan.

Tapi pelan yang megah ini kini telah dikurangkan kepada USD1 triliyun dan diperuntukkan dalam 8 bulan setelah pembahasan selama setengah tahun di Kongres dan statusnya masih belum diluluskan lagi.

Inilah mengapa Joe Biden terburu-buru mempromsikan pelannya, bahkan bersedia mengambil China sebagai contoh.

Joe Biden jelas telah menyedari keunggulan HSR China dan mahu penduduk AS juga mampu menikmati HSR dengan secepat mungkin yang secara tidak langsung dapat meransang ekonomi negara dengan projek infrastruktur besar-besaran.

Tapi, Joe Biden pada masa sama secara terang-terangan tidak mahu penduduk-penduduk negara lain menikmati perkembangan yang sama.

Selain pelan pembinaan infrastruktur dalam negara, ia masih ada satu pelan iaitu “Build Back Better World” (B3W). Menurutnya ini program kerjasama “negara-negara demokratik” untuk mengelakkan negara-negara lain menjadi korban Inisiatif “Jalur dan Laluan” (BRI).

Masalahnya, peruntukan domestik terus dikurangkan secara besar-besaran dan belum diluluskan. Habis tu, dari mana dana untuk membantu cogan kata “membina dunia yang lebih baik”?

Bahkan, ketika Timbalan Presiden AS, Kamala Harris juga mempromosikan pelan pembinaan infrastruktur di New York pada 22 Oktober lalu, ada seorang lelaki langsung tanya “mengapa kami tidak boleh bekerjasama dengan China untuk membina Jalur & Laluan?”

Harris menjawab bahawa bersedia berbincang dengannya mengenai topik ini selepas ucapan. Realitinya, lelaki itu langsung diusir keluar oleh pengawal usai melontarkan soalan.

Sekiranya dah dihalau, mana mungkin Harris mahu mengadakan perbincangan dengan lelaki itu selepas ucapannya.

Meskipun AS tidak mahu bekerjasama China dalam BRI dan berusaha mengada-adakan “korban dalam BRI”, tapi fakta memperlihatkan pelbagai negara membangun sedang mendapat faedah dari BRI.

Pada 16 Oktober lalu, kereta api laju buatan China tiba di stesen Vientiane, Laos. Ini bermakna landasan kereta api dari China ke Laos cepat akan beroperasi. Kelajuannya pula mampu mencapai 160km sejam

Di Indonesia, Presiden Jokowi melantik Menteri Koordinator Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan sebagai Pengerusi Jawatankuasa HSR Jakarta-Bandung supaya menjamin projek ini memasuki percubaan operasi pada tahun depan.

Joe Biden Promosi HSR China_fororder_src=http-%2F%2Fwww.people.com.cn%2Fmediafile%2Fpic%2F20170601%2F43%2F11760914540204351035&refer=http-%2F%2Fwww.people.com

HSR Mombasa-Nairobi yang telah beroperasi selama lebih 4 tahun bukan hanya membantu mempercepat pengangkutan penumpang dan barangan, menggalakkan ekonomi tempatan, bahkan memainkan peranan penting dalam perjuangan melawan pandemik di Afrika.

Jelas dan nyata bahawa pembohongan “perangkap hutang China di Afrika” yang diada-adakan oleh Barat terbukti tidak berlaku.

Pada 50 tahun yang lalu, kawan-kawan dari Afrika dan Asia menyokong Republik Rakyat China memulihkan kerusinya di PBB. Kini China membalas budi mereka dengan pelbagai pelan pembangunan global, contohnya BRI.

Kini, pelbagai kawan-kawan di Asia dan Afrika telah menikmati HSR yang lebih laju berbanding AS! Di AS hanya terdapat Acela Express mampu mencapai kelajuan kira-kira 250 km sejam dalam sektor tertentu, tapi kelajuan puratanya pun kira-kira 120 km sejam saja, iaitu setaraf dengan kerata api laju yang lain di negara itu.

BRI dan B3W, ini pelan pembangunan global yang disediakan oleh China dan AS, dan ia terpulang kepada negara-negara membangun untuk membuat pilihan secara bijaksana dan tanpa paksaan.

张弘