Akhir-akhir ini, Presiden Xi Jinping mempamerkan pendirian konsisten China dalam menempuh jalan pembaharuan dan pintu terbuka, serta berperanan sebagai penyumbang pembangunan dunia.
Sempena sidang memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, beliau menyarankan kepada dunia untuk memajukan pembangunan sosioekonomi demi kebaikan semua.
Sepanjang lima dekad lalu, pertumbuhan ekonomi China kekal kukuh, manakala pembaharuan terus diperkasa dan keterbukaan pintu diperluas, sehingga menjanjikan peluang dan momentum kepada ekonomi global.
Selain itu, negara Tembok Besar tersebut mempercepat peralihan tenaga ke bersih dan rendah karbon demi mencapai matlamat puncak karbon menjelang 2030 dan neutral karbon menjelang 2060.
Untuk pembangunan mampan seluruh umat manusia, beberapa persidangan berprestij dunia anjuran China dijayakan dengan tercapainya konsensus baharu, antaranya perhimpunan ke-15 Persidangan Pihak Pemeterai (COP-15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Kunming, dan Persidangan Pengangkutan Mampan Global ke-2 PBB di Beijing.
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bukan sahaja menawarkan ruang meluas kepada pembangunan sejagat, bahkan juga mendorong pembangunan sosioekonomi negara-negara terlibat serta menambah baik kesejahteraan masyarakat.
Selaku salah sebuah anggota pengasas PBB, selain menjunjung Piagam PBB dan multilateralisme sebenar, China aktif menggalakkan kerjasama Selatan-Selatan, dan berusaha meningkatkan keberperwakilan serta hak bersuara negara-negara membangun dalam urusan antarabangsa.
Pendek kata, pembangunan China sentiasa menawarkan peluang kepada dunia.