Kawal Peranan Pusat ASEAN Dalam Struktur Serantau

2021-10-27 14:43:19  CRI
Share with:

Kawal Peranan Pusat ASEAN Dalam Struktur Serantau_fororder_6ceae5d6dc494b5db9aee605c9a149fd

“Bersatu teguh, bercerai roboh. China dan Brunei ada pepatah yang bermaksud sama.”

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-24 yang diadakan secara maya semalam.

China dan ASEAN juga akan mengadakan sidang kemuncak sempena sambutan genap 30 tahun terjalinanya hubungan dialog pada bulan depan. Sebagai jiran dan rakan baik, China selalu menyokong ASEAN untuk lebih bersatu padu, berdikari dan kuat, dan memainkan peranan sebagai pusat dalam struktur serantau.

Meskipun dilanda pandemik, hubungan antara China dengan ASEAN tidak pernah tergugat.

Pada tahun ini sahaja, Menteri Luar China, Wang Yi telah melawat Myanmar, Indonesia, Brunei, Filipina, Singapura, Vietnam dan Kemboja selain pernah mengundang rakan sejawatnya dari kesemua 10 negara anggota ASEAN bertemu di Chongqing. Begitu juga dengan pegawai tertinggi dari pelbagai negara ASEAN yang turut kerap melawat China pada tahun ini.

Sebagai jiran dan rakan baik, China memahami apa yang menjadi keperluan paling utama bagi ASEAN. Ia semestinya adalah isu mengenai mengatasi wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi.

Tiga hari yang lalu, 3 juta dos lagi vaksin China tiba di Manila, antaranya termasuk 1 juta dos sumbangan dari kerajaan China.

22 Oktober lalu, kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China menyumbang 800 ribu dos vaksin, sebuah ECMO dan pelbagai fasiliti perubatan lain kepada Vietnam.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri menyatakan sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN kali ini bahawa vaksin China telah membantu banyak negara melawan wabak.

Beliau menggesa ASEAN dan China meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan awam, menyokong pengeluaran vaksin di rantau ini supaya mampu menghadapi krisis kesihatan pada masa depan dengan lebih baik.

Sejak tahun lalu, ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar bagi China. Ini sekali gus memberikan indikator penting kepada kedua-dua pihak untuk menghadapi pendemik dan pengubahsuaian rantaian bekalan global.

China menaiktarafkan CAFTA, antara beberapa negara yang paling awal mengesahkan RCEP dan juga telah memohon menganggotai CPTPP. Sejak menganggotai WTO pada 20 tahun yang lalu, China menunaikan janji untuk terus membuka pasaran, secara aktif menyertai pelbagai FTA di rantau ini. Pasaran China telah menyediakan peluang bagi negara-negara ASEAN manakala kerjasama kita melengkapi rantaian bekalan yang stabil.

Dalam CIIE yang bakal diadakan di Shanghai minggu depan, Kumpulan Media China khusus akan menganjurkan Pesta Produk Unggul Asia-Afrika bersama platform e-dagang untuk mempromosi pelbagai produk yang menarik bagi syarikat dan pengguna China.

Yang menarik, Joe Biden juga telah mengadakan mesyuarat dengan para pemimpin ASEAN secara maya selepas Donald Trump menyertai sidang kemuncak ini pada tahun 2017.

AS juga telah mengumumkan bantuan sebanyak USD120 juta untuk ASEAN, termasuk USD40 juta untuk membantu menghadapi pandemik.

Satria masih ingat yang kerajaan AS pernah janji menyediakan USD100 juta kepada China untuk membantu melawan COVID-19 pada bulan Februari tahun lalu.

Tapi, hingga sekarang, di mana dana bantuan tersebut?

Pihak AS selepas itu pernah menjelaskan bahawa USD100 juta yang dijanji itu adalah jumlah maksimum saja. Meskipun China merupakan pusat wabak pada masa itu, tapi masih terdapat banyak negara lain mengalami impak yang teruk, khususnya di Asia Tenggara.

Jadi adakah USD100 juta yang dulu dijanji kepada China itu telah disediakan kepada Asia Tenggara?

Yang lebih penting, yang dibawa oleh Joe Biden ke rantau ini adalah QUAD dan AUKUS yang mengambil alih platform kerjasama mengutamakan peranan ASEAN serta lebih banyak kapal selam nuklear.

Joe Biden boleh menegaskan sokongan terhadap ASEAN dalam sidang kemuncak, tapi langkah-langkah tersebut tidak akan ditarikkan.

张弘