Segelintir Kuasa Bukan Penentu Aturan Antarabangsa

2021-10-27 16:03:17  CRI
Share with:

Aturan antarabangsa lazimnya ditetapkan bersama oleh 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bukan segelintir kuasa.

Kenyataan Presiden China Xi Jinping sempena sidang memperingati ulang tahun ke-50 pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB pada Isnin itu dipetik dalam rencana akhbar Lianhe Zaobao Singapura.

Menurut rencana itu, meskipun tidak secara langsung menyebut Amerika Syarikat (AS), Xi mengingatkan supaya aturan antarabangsa ditaati semua tanpa sebarang pengecualian.

Ketua Pusat Pengajian Amerika dari Universiti Fudan, Wu Xinbo ketika diwawancara akhbar itu berkata, di mata China, AS merupakan pencabar utama sistem antarabangsa berpaksikan PBB.

董筱娉