Raffarin: Strategi Xi Sentiasa Mengena

2021-10-28 10:15:12  CRI
Share with:

Jean-Pierre Raffarin, merupakan bekas Perdana Menteri Perancis yang sentiasa komited kepada usaha menggalakkan persahabatan dan kerjasama dalam segenap aspek bukan sahaja antara Perancis dan China, bahkan juga antara Eropah dan China.

Pada 17 September tahun 2019, Presiden China, Xi Jinping telah menganugerahkan “Pingat Persahabatan” kepada Raffarin.

Ketika mengulas penganugerahan tersebut dalam wawancara bersama Kumpulan Media China (CMG), Raffarin menganggapnya sebagai penghargaan terhadap usahanya selama 50 tahun.

Sepanjang menjalankan tugasannya, beliau pernah bertemu dengan Presiden China itu banyak kali dan beliau berpandangan bahawa Xi jelas berpengetahuan tentang pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Menurut Raffarin, pengetahuan itu sebenarnya membantu Xi dalam melaksanakan tugasnya yang memerlukan banyak butiran dan Presiden China itu turut mempunyai strategi yang sentiasa mengena.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa pembasmian kemiskian amat penting bagi China dan juga dunia serta cerita kejayaan China boleh dipelajari oleh negara lain.

Memetik ucapan Presiden Xi pada Forum Asia Boao yang berbunyi semua negara tidak mampu berjaya secara bersendirian dan sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain, Raffarin menyatakan bahawa ia telah meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

Ketika menyentuh Inisiatif Jalur dan Lalu (BRI) yang dianjurkan Presiden Xi, Raffarin berpendapat bahawa ia adalah sebuah rancangan global yang ingin mewujudkan situasi menang-menang dan komuniti berkongsi nasib.

Katanya, ia juga merupakan terjemahan kepada visi Presiden Xi yang berpandangan jauh.

曹捷