AS Perlu Ambil Berat Suara Sezaman

2021-10-28 14:11:57  CRI
Share with:

AS Perlu Ambil Berat Suara Sezaman_fororder_20211027213538789

Forum Xiangshan 2021 selama dua hari berakhir di Beijing pada Selasa.

Forum yang berlangsung secara maya itu dihadiri 50 sarjana dari lebih 20 buah negara. Para peserta telah bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu termasuk hubungan antara kuasa besar, keselamatan Asia Pasifik dan usaha mempertahankan multilateralisme.  

Mereka juga mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai pengaruh Amerika Syarikat (AS) terhadap keselamatan Asia Pasifik.

AS Perlu Ambil Berat Suara Sezaman_fororder_20211027213538900

Menurut pandangan pakar, banyak konflik dicetuskan di dunia akibat sistem perikatan negara sekutu yang dipimpin AS. Masyarakat antarabangsa perlu berwaspada terhadap amalan unilateralisme bertopengkan multilateralisme, yang sedang menjejaskan kedamaian serantau.

Insiden kapal selam nuklear AS,   USS Connecticut terlanggar objek di Laut China Selatan juga menjadi tumpuan perhatian pakar.

Ahli penyelidik Akademi Sains Ketenteraan China, Jiang Xinfeng berpendapat bahawa AS enggan memberi penjelasan terperinci mengenai peristiwa itu, sehingga menimbulkan kesangsian masyarakat antarabangsa terhadap kebenaran kejadian dan motif AS. Ia sekali lagi memperlihatkan AS adalah perosak utama kepada ketenteraman Laut China Selatan. 

Kini, manusia mendepani pelbagai cabaran keselamatan yang bersifat global. Cabaran tersebut perlu ditangani melalui tadbir urus global yang lebih inklusif, mekanisme multilateral yang lebih efektif serta kerjasama serantau yang lebih proaktif.

Justeru, Forum Xiangshan Beijing telah melantangkan suara bagi mempertahankan multilateralisme dan kerjasama saling menguntungkan. Suara bersama yang selaras dengan keperluan sezaman itu perlu diambil berat AS.

张哲