Zon Rintis Perdagangan Bebas Zhejiang Tarik Lebih 40 Ribu Syarikat

2021-10-28 13:43:32  CRI
Share with:

Zon Rintis Perdagangan Bebas Zhejiang Tarik Lebih 40 Ribu Syarikat_fororder_zm

Forum Pembangunan Zon Rintis Perdagangan Bebas China ke-2 yang bertemakan 'pola baharu, misi baharu dan tanggungjawab baharu' diadakan di Hangzhou, provinsi Zhejiang pada Rabu.

Bertujuan untuk mencari idea dan mencapai kata sepakat terhadap pembinaan dan pembangunan zon rintis perdagangan bebas di China, antara topik yang dibincangkan adalah termasuk dorongan pola pembangunan baharu dan pembangunan berkualiti tinggi.

Di samping itu, perbincangan turut melibatkan konteks peraturan baharu perdagangan antarabangsa dan peranan ekonomi digital.

Sebagai tuan rumah, Zon Rintis Perdagangan Bebas Zhejiang telah mencapai hasil yang memuaskan dalam tempoh setahun sejak ditubuhkan.

Menurut statistik yang dilaporkan, syarikat berdaftar di zon tersebut telah menghampiri 44 ribu, sekali gus menyumbang cukai sebanyak lebih RMB100 bilion (RM64.8 bilion) dalam masa setahun.

张宪