China, Uzbekistan Mahu Optimumkan Potensi Kerjasama

2021-10-28 11:50:11  CRI
Share with:

Sambutan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik pada tahun hadapan adalah titik permulaan baharu bagi China dan Uzbekistan memantapkan lagi kerjasama hingga mendatangkan lebih banyak limpahan manfaat buat rakyat kedua-dua negara.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping semasa perbualan bersama rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev menerusi panggilan pada Rabu.

Xi mahukan penyepaduan dasar diperkasakan dua negara demi kolaborasi lebih kukuh dalam pelbagai bidang. Selain terus memperluas pelaburan dalam ekonomi dan dagangan, potensi kerjasama dalam kewangan digital dan e-dagang rentas sempadan juga boleh dioptimumkan.

Menurut beliau, China sudi mengimport lebih banyak hasil pertanian yang berkualiti dan organik dari negara itu.

Dalam pada itu, Xi berjanji akan menghulurkan tangan membantu Uzbekistan membangunkan pusat penghasilan vaksin COVID-19.

董筱娉