PM China Kemuka Saranan Mantap Kerjasama 10+3

2021-10-28 10:58:15  CRI
Share with:

PM China Kemuka Saranan Mantap Kerjasama 10+3_fororder_1128002935_16353396327441n

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea (10+3) ke-24 yang berlangsung secara maya pada Rabu.

Li ketika berucap dalam persidangan itu berkata, dengan memegang arus perdana kerjasama, 13 negara tersebut terus menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan bersama menangani pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19, tenaga, makanan dan kewangan. Usaha sama itu turut membantu menjana pembangunan negara serantau.

Beliau juga mengemukakan saranan China bagi mempertingkat kerjasama 10+3, antaranya menyempurnakan tadbir urus kesihatan awam, memperdalam integrasi ekonomi serantau, memperkasakan kerjasama perindustrian, memacu ekonomi digital, mendinamikkan kerjasama kewangan dan menggalakkan pertumbuhan hijau.

Pemimpim-pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak itu menghargai keeratan kerjasama 10+3 dan menganggap ia membantu negara serantau memerangi pandemik COVID-19, dan memacu pemulihan ekonomi serta pertumbuhan inklusif.

Mereka turut menzahirkan hasrat supaya Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dapat dikuatkuasakan seawal mungkin.

Dalam pada itu, negara-negara serantau diharap memperkasakan kerjasama dalam bidang kesihatan awam dan ekonomi digital, di samping menjamin kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan serantau.

张哲