Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai

2021-10-28 13:37:48  CRI
Share with:

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt6

Kerja-kerja pembinaan kemudahan pengangkutan bagi melincinkan aliran trafik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kini sudah memasuki fasa terakhir.

Kemas kini mengenai kemudahan pengangkutan yang menyambungkan tiga kawasan pertandingan iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou diumumkan pada Rabu sempena kira detik 100 hari temasya itu.

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt

Untuk rekod, landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan bandar Beijing dan Zhangjiakou sudah beroperasi sejak 30 Disember 2019.

Landasan sepanjang kira-kira 174 kilometer itu disediakan 10 perhentian dengan kelajuan paling tinggi mencatat 350 kilometer sejam.

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt2

Dengan menaiki kereta api ini, perjalanan dari Beijing ke Zhangjiakou, Chongli dan Taizicheng hanya akan memakan masa sekitar satu jam, manakala hanya 40 minit sekiranya ke Yanqing

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt3

Teknologi canggih dunia seperti sistem pengaturan operasi pintar, navigasi Beidou dan pemanduan automatik digunakan dalam perkhidmatan kereta api tersebut.

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt4

Selain itu, gerabak kereta api versi Sukan Olimpik yang dibina khas untuk temasya itu dihias dengan dua jenis lukisan pada bahagian luar, manakala di bahagian dalamnya telah direka bentuk dengan hiasan kepingan salji dan lampu biru serta ruang peletakan alat acara ski.

Beijing 2022: HSR ke Venue Pertandingan Hampir Selesai_fororder_jt5

高蕾