Dialog Perlindungan Warisan Budaya Asia Diadakan

2021-10-28 15:29:04  CRI
Share with:

Dialog Perlindungan Warisan Budaya Asia Diadakan_fororder_63a1f6e6842d306fa981d4f17752b3e

Dialog Perlindungan Warisan Budaya Asia diadakan secara maya pada Rabu, menumpukan kepada penerokaan pendekatan baharu bagi memperkasa kerjasama antarabangsa dalam usaha berkenaan.

Bertemakan "Galak Dialog Sesama Tamadun, Corak Masa Depan Asia", sesi dialog itu dihadiri pegawai kanan, pakar dan sarjana dari lebih 30 negara Asia dan lima pertubuhan antarabangsa secara maya.

Timbalan Ketua Pengarah  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Qu Xing dalam ucapannya berkata negara-negara Asia sentiasa aktif menyertai konvensyen kebudayaan UNESCO, mencerminkan komitmen rantau itu dalam melindungi legasi bersama umat manusia.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Hu Heping pula menyatakan, adalah menjadi tanggungjawab bersama semua negara untuk mengekalkan kesinambungan serta menyemarakkan warisan budaya. 

Beliau menyeru negara-negara Asia supaya proaktif mengambil bahagian dalam kempen perlindungan warisan budaya, sekali gus menyumbang kepada  pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Dialog itu turut menyaksikan pelancaran Perikatan Perlindungan Warisan Budaya Asia,  sebuah mekanisme kerjasama antarabangsa yang dibina atas inisiatif sepuluh negara Asia iaitu China, Armenia, Kemboja, Republik Rakyat Demokratik Korea, Iran, Kyrgyzstan, Pakistan, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.

梁靓