Ketika Satria masih bersekolah, Satria pernah membaca teks mengenai kapitalis di AS memilih untuk membuang susu berbanding membahagikan kepada golongan miskin dalam krisis ekonomi pada tahun 1930an.
‘Fast forward’ ke lebih 90 tahun kemudiannya, keadaan yang sama terus berlaku tatkala menghadapi pandemik.
Media AS melaporkan bahawa pegawai kesihatan di California mendapati sekumpulan vaksin COVID-19 yang akan tamat tempoh tidak lama lagi dan pada masa sama keperluan tempatan sudah tidak mendesak lagi.
Oleh itu, ada sekumpulan masyarakat berancang menyumbang vaksin tersebut kepada Mexico yang kadar jangkitan masih berada pada paras tinggi. Tak sangka rancangan ini diganggu oleh Kumpulan Khas Vaksin White House dan mencadang mereka langsung membuangkan vaksin-vaksin tersebut.
Berdasarkan laporan, White House juga telah beberapa kali menghalang vaksin macam ini daripada disumbangkan kepada negara lain.
Dalam 100 tahun ini, sifat kaptalisme untuk mengejar kepentingan tertinggi masih berada pada takuk lama.
Pada mereka, sama seperti menyumbangkan susu kepada golongan miskin, menyumbangkan vaksin kepada negara-negara lain akan menurunkan harga vaksin, dari segi ekonomi dan juga politik.
Berdasarkan statistik kasar, vaksin COVID-19 yang dibazirkan di AS mencatat lebih 15.1 juta dos.
Jumlah ini lebih banyak berbanding vaksin yang diterima oleh kebanyakan negara membangun setakat ini. Kadar penvaksinan dalam kalangan remaja di Afrika hanya mencatat 5%. Kadar ini hanya mencatat 1.4% di pelbagai negara miskin.
Manakala sumbangan 180 juta dos vaksin kepada negara-negara pendapatan rendah yang dijanjikan oleh negara-negara maju hanya dipenuhi kira-kira 14%.
Antaranya janji AS ditunaikan kira-kira 16%, manakala Britian dan Kanada di bawah 10%.
Pada masa yang sama, WHO memaklumkan vaksin COVID-19 yang disimpan oleh Barat akan mencatat 600 juta dos hingga bulan Disember. Malah jumlah ini akan mencatat 1 bilion hingga bulan Februari.
Ini telah bukan hanya krisis kesihatan awam global, tapi krisis moral yang amat memalukan pada zaman moden.
Berbanding Barat, China telah menyediakan lebih 1.5 bilion dos vaksin kepada 106 buah negara dan 4 buah pertubuhan antarabangsa.
Janji China adalah berusaha menyediakan 2 bilion dos kepada dunia, menyumbang 100 juta dos vaksin kepada negara-negara membangun dan dan USD100 juta lagi untuk COVAX pada tahun ini.
Selain itu, China telah membantu beberapa negara membina kilang pengeluaran vaksin. Kerjasama ini akan terus diperluaskan di dunia, termasuk di Asia Tenggara.