Tindakan Pengurangan Pelapasan Karbon Kerajaan dan Penduduk China

2021-10-29 13:09:23  CRI
Share with:

Tindakan Pengurangan Pelapasan Karbon Kerajaan dan Penduduk China_fororder_1467193001

Semalam Satria menggunakan subway untuk ke China World Hotel yang terletak 19 km dari pejabat untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-64.

Bila bangun tidur pagi tadi, aplikasi dalam telefon pintar Satria hantar notifikasi Satria berjaya mendapat 104g tenaga hijau.

Untuk minggu ini sahaja, Satria dah dapat 2.3 kg tenaga hijau dengan berjalan kaki untuk ke pejabat atau dengan menggunakan kaedah hijau yang lain seperti berbasikal.

Tapi kalau melihat senarai kawan-kawan dalam aplikasi tersebut, Satria hanya menduduki No.8 saja dan yang paling hebat telah mendapat 9.4 kg tenaga hijau seminggu! Dan ia tentunya membuat Satria berkobar-kobar nak naik ke tangga lebih atas.

Menyentuh mengenai aplikasi tersebut, dengan mengumpul tenaga hijau yang Satria sebutkan, ia boleh dibayar untuk menanam pokok (bukan pokok tipu ya), menyumbang untuk tabung perlindungan alam sekitar atau membantu membaikan fasiliti sekolah di kawasan terpencil.

Aplikasi yang beroperasi sejak 2016 itu telah menarik penggunaan lebih 613 juta orang China dan menghasilkan lebih 2000 tan tenaga hijau, menanam 326 juta pokok sekali gus menyediakan 2.38 juta peluang kerja hijau.

Ini sebenarnya mirip sistem perniagaan pelepasan karbon. Cuma pasaran perniagaan pelepasan karbon untuk syarikat, tapi aplikasi ini telah mengingatkan kita, mengurangkan pelepasan karbon bukan hal syarikat dan kerajaan saja, kita setiap individu juga mampu menyediakan sedikit sebanyak “tenaga hijau”.

Pasaran perniagaan pelepasan karbon China dirasmikan pada 16 Jun. Hingga 30 September, kuota pelepasan karbon yang diniagakan di seluruh China mencatat 17.65 jua tan dan bernilai USD125 juta. Harga ini lebih tinggi daripada kos pengurangan pelepasan karbon di China dan mencerminkan sistem ini berkesan.

Kawalan jumlah dan keberkesanan penggunaan tenaga telah menjadi piawaian terhadap para pegawai tempatan.

Kerajaan pusat mengeluarkan barometer sasaran kawalan jumlah dan keberkesanan penggunaan tenaga pelbagai provinsi pada bulan Ogos, terdapat sembilan provinsi diberi amaran ekoran penggunaan tenaga untuk setiap unit KDNK menaik.

Provinsi-provinsi yang terlibat turut mengambil langkah menyekat penggunaan elektrik terhadap pelbagai syarikat yang penggunaan tenaga dan pelepasan karbon tinggi supaya sasaran tahanan mampu tercapai.

Setalah menghadapi amaran dari kerajaan pusat dan terpaksa melaksanakan sekatan elektrik yang menjejaskan perkembangan ekonomi, kerajaan dan syarikat pelbagai tempatan mesti sudah memahami bahawa sesiapa yang mampu mengubahsuaikan diri dengan sasaran kawalan pelepasan karbon dengan lebih awal, ia akan mewujudkan perkembangan lebih cemerlang pada masa depan.

Tekad kukuh kerajaan dan penyertaan setiap penduduk menjayakan penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon di China. Dalam lima tahun yang lalu, tenaga yang dijimat oleh China menduduki separuh daripada seluruh dunia. Pelepasan karbon untuk setiap unit KDNK di China pada tahun 2020 menurun 48.4% berbanding tahun 2005, lebih tinggi daripada janji China kepada masyarakat antarabangsa yang dijangka 40% hingga 45% dulu.

Seterusnya China mengeluarkan janji yang lebih mega untuk mewujudkan punca pelepasan karbon menjelang tahun 2030 dan neutral karbon menjelang tahun 2060.

Satria yakin sasaran mega kerajaan China mampu terwujud ketika menyaksikan pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu di China telah enam tahun berturut-turut menduduki No.1 di dunia serta menjadi penambahan penggunaan tenaga solar pula mendahuli dunia dalam 8 tahun ini.

Pada masa yang sama, gaya hidup yang hijau telah menjadi biasa bagi semakin ramai penduduk di sini.

Bagaimanapun, sama seperti kawalan pandemik, mengurangan pelepasan karbon bukan hal yang mampu diselesaikan dengan usaha China saja. Masyarakat antarabangsa diseru bekerjasama, khususnya negara maju yang telah melepaskan majoriti karbon dalam sejarah. Para penduduk di negara maju pula patut mengubahsuaikan gaya hidup yang membazirkan kebanyakan tenaga dan sumber lain di dunia ini.

张弘