Dua Dekad “Jambatan Bahasa Mandarin”

2021-10-29 14:21:22  CRI
Share with:

Dua Dekad “Jambatan Bahasa Mandarin”_fororder_微信图片_20211029113853

Pertandingan akhir kepandaian berbahasa Mandarin untuk pelajar asing, iaitu "Jambatan Bahasa Mandarin" diadakan baru-baru ini.

“Jambatan Bahasa Mandarin” yang digelar sebagai “Sukan Olimpik” dalam bidang pendidikan bahasa Mandarin di arena antarabangsa sudah memasuki tahun ke-20.

Sejak ia dianjurkan buat kali pertama pada 2002, lebih 1.4 juta pelajar asing dari 150 buah negara telah terlibat dalam pertandingan tersebut, selain turut menarik perhatian lebih 100 juta penonton dari luar negara.

Dua Dekad “Jambatan Bahasa Mandarin”_fororder_微信图片_20211029113825

Meskipun diadakan secara dalam talian pada tahun lalu ekoran pandemik COVID-19, masih terdapat pesaing dari negara dan kawasan di Lima Benua yang menyertai pertandingan berkenaan dengan mengatasi kesukaran akibat perbezaan waktu.

Dua Dekad “Jambatan Bahasa Mandarin”_fororder_微信图片_20211029113844

Presiden China, Xi Jinping pernah menyatakan bahawa “bahasa merupakan kunci terbaik untuk mengenali sesuatu negara”.

Justeru, “Jambatan Bahasa Mandarin” yang sudah “berusia 20 tahun” akan terus berperanan sebagai “jambatan” untuk mendorong interaksi kebudayaan antara rakan-rakan seluruh dunia.

张宪