Lithuania Digesa Taati Janji Politik

2021-10-30 16:22:51  CRI
Share with:

China membantah cubaan pihak berkuasa Taiwan menciptakan “dua China” dan “satu China, satu Taiwan” di pentas antarabangsa, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.

Mutakhir ini, Presiden Majlis Eropah dan Presiden Suruhanjaya Eropah dalam surat balasan kepada sesetengah anggota Parlimen Eropah, mendakwa tindakan Lithuania dan Taiwan saling membuka pejabat perwakilan tidak membelakangi dasar satu China yang diamalkan Kesatuan Eropah (EU).

Mengulas perkara itu, Wang berkata, prinsip satu China merupakan konsensus masyarakat antarabangsa, dan asas politik kepada hubungan diplomatik antara China dengan pelbagai negara.

China menentang negara yang menjalinkan ikatan diplomatik dengannya mengadakan perhubungan rasmi dengan Taiwan.

China menggesa Lithuania menaati janji politik dan mengelak daripada membuat keputusan yang salah.

Dalam pada itu, Eropah juga didesak memegang pendirian yang betul bagi mengelakkan gangguan kepada perkembangan sihat hubungan dengan China. 

张哲