Sudah Tiba Masanya untuk Rungkai Asal Usul COVID-19 di AS

2021-11-01 14:25:44  CRI
Share with:

 

Laporan Pejabat Pengarah Perisikan Negara (ODNI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu asal usul COVID-19 yang dikeluarkan baru-baru ini merupakan klise politik yang bertujuan memanipulasi pendapat umum. Jelaslah laporan yang salah belaka itu hanya ada satu kegunaan, iaitu  mengingati masyarakat antarabangsa bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan AS sebagai negara yang menerima siasatan berkenaan.

Ketika edisi ringkas laporan tersebut dikeluarkan pada bulan Ogos lalu, masyarakat antarabangsa termasuk China segera melontarkan kritikan yang pedas. Sekarang ini, edisi lengkap laporan tersebut kelihatan hampir sama dengan edisi ringkasnya, berbau politik, penuh dengan bukti yang palsu, kurang saintifik dan tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pada hari kedua selepas laporan tersebut dikeluarkan, Sidang Kemuncak Kumpulan 20 dirasmikan di Rom. Serentak itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia sedang merancang untuk menjalankan kerja penyelidikan asal usul koronavirus baharu fasa kedua. Agensi perisikan AS memilih saat ini untuk mengeluarkan laporan tersebut bukan sahaja membelakangi tanggungjawab yang sepatutnya dipikul G20 tetapi juga terdedah niatnya mahu menculik WHO untuk mengawal kerja merungkai asal usul COVID-19 seterusnya.  

Menangkis wabak COVID-19 memerlukan perpaduan dan kerjasama, dan bukan muslihat mengambinghitamkan negara lain. AS perlu menghentikan segera manipulasi politik dan menyokong usaha merungkai asal usul koronavirus baharu secara saintifik. AS juga dikehendaki memberikan respons terhadap keprihatinan masyarakat antarabangsa dengan membuka semula Makmal Biologi Fort Detrick dan menerima kunjungan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

曹捷