Wang Yi Bertemu Setiausaha Negara AS

2021-11-01 13:38:11  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken di Rome semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa hubungan China-AS telah mengalami tamparan dengan menyeluruh pada beberapa tahun kebelakangan ini ekoran pengambilan dasar AS terhadap China yang salah. Pihak AS mencampuri urusan dalaman China dengan sewenang-wenangnya di samping mencantumkan ikatan negara yang bertujuan menindas  China di lingkungan seluruh dunia.  

Menurut Wang, pengalaman yang penting yang ditimba sejak terjalinnya hubungan diplomatik dua hala pada lebih 40 tahun yang lalu membuktikan bahawa China dan AS boleh sama menang jika memilih bekerjasama, dan juga boleh sama rugi jika memilih berlawan. Konsensus penting yang tercapai kepala negara China dan AS dalam dua perbincangan telefon ialah kedua-dua pihak perlu menjalankan semula dialog dan mengelakkan pertentangan. Maka, kedua-dua pihak perlu melaksanakan consensus tersebut dengan bersungguh-sungguh serta membuat persiapan politik bagi pergaulan pada fasa selanjutnya.

Tambah Wang, isu Taiwan adalah isu paling sensitif antara kedua-dua pihak. China menggesa AS menyedari akibat yang berbahaya daripada “kemerdekaan Taiwan” dan menuntut AS melaksanakan dasar 'Satu China' dengan benar-benar serta menunaikan janjinya kepada China dengan tindakan yang sebenar.

Dalam pertemuan itu, Blinken menegaskan lagi AS akan mengekalkan pelaksanaan dasar 'Satu China'. Beliau bersetuju kedua-dua negara ini mengembangkan hubungan dua hala berdasarkan semangat saling menghormati, bersedia mengekalkan komunikasi dengan China, memikul tanggungjawab dalam menangani perselisihan dan mengelakkan berlakunya pertentangan bahkan krisis.

Kedua-dua pihak juga telah bertukar-tukar pendapat mengenai topik termasuk perubahan iklim, pembekalan sumber tenaga, isu nuklear Iran, situasi semenanjung Korea, Myanmar dan Afghanistan serta bersedia terus berdialog untuk menyahut pelbagai cabaran sejagat.

曹捷