Asal Usul COVID-19: Laporan ODNI Tidak Berasas

2021-11-01 15:31:07  CRI
Share with:

Asal Usul COVID-19: Laporan ODNI Tidak Berasas_fororder_AS1

Asal Usul COVID-19: Laporan ODNI Tidak Berasas_fororder_as2

Laporan Pejabat Pengarah Perisikan Negara (ODNI) Amerika Syarikat (AS) berhubung isu asal usul COVID-19 tidak mempunyai asas saintifik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika mengulas laporan ODNI baru-baru ini berkata, meskipun pembohongan diulang seribu kali, ia masih tidak akan dipercayai.

Beliau menyifatkannya laporan ODNI sebagai laporan politik yang palsu dengan melibatkan badan perisik AS dalam usaha merungkai asal usul virus, dan turut memperlihatkan keniatan AS untuk mempolitikkan isu tersebut.

Beliau menggesa AS agar menghentikan tindakan mengambinghitamkan negara lain kerana tindakan itu tidak akan mengubah keadaaan AS sebagai “negara paling gagal dalam membendung wabak”.

Sebaliknya, Wang berkata bahawa tumpuan harus diberi kepada angka kes positif COVID-19 yang melebihi 45 juta dan jumlah kematian yang hampir mencapai 750 ribu di AS.

Baru-baru ini, lebih 80 negara menentang tindakan mempolitikkan isu pencarian asal usul virus dan menunjukkan pendirian jelas untuk memelihara laporan penyelidikan bersama yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kesihtan Sedunia (WHO) dengan China.

Di samping itu, lebih 300 parti, kumpulan pemikir dan pertubuhan dari 100 negara dan wilayah mengemukakan pengumuman bersama kepada WHO untuk menentang tindakan mempolitikan pencarian asal usul virus.  

Sehubungan  itu, ODNI digesa agar mendengar suara dari masyarakat antarabangsa.

胡星