G20 Perlu Mengambil Tindakan Substantif

2021-11-02 15:04:34  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping semasa menghadiri Sidang Kemuncak ke-16 Pemimpin Kumpulan 20 (G20) secara maya di Beijing pada sebelah malam Ahad lalu, menekankan bahawa masyarakat antarabangsa yang semakin padu perlu mengambil tindakan substantif bagi menyahut cabaran.

Isu perubahan iklim, sumber tenaga dan pembangunan lestari merupakan tiga tumpuan dalam ucapan Xi.

Tentang apa tindakan yang perlu diambil masyarakat antarabangsa ketika menyahut cabaran dalam bidang perubahan iklim dan sumber tenaga, Xi dalam Sidang Kemuncak Rom telah mengeluarkan tiga saranan, iaitu mengambil dasar yang seimbang, melaksanakan Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Perjanjian Paris dengan berkesan dan menyeluruh, dan memperhebat sokongan kepada negara membangun.

Dalam sidang kemuncak tersebut, Xi telah mengumumkan langkah konkrit China untuk mencapai matlamat puncak pelepasan karbon dan neutral karbon. Ini sekali lagi membuktikan China sudi memikul tanggungjawab  mengambil tindakan substantif dalam usaha menangani perubahan iklim.

Presiden Xi mengalu-alukan G20 mengambil bahagian dalam pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global anjuran China, yang konsep dan nilai-nilainya selaras dengan Pengisytiharan Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 yang diluluskan dalam sidang kemuncak Rom kali ini, dan diyakin pasti boleh membantu G20 memikul tanggungjawab yang wajar dalam usaha memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mapan 2030 PBB.

曹捷