China Sertai Tabir Urus Hak Harta Intelek Antarabangsa

2021-11-02 13:04:58  CRI
Share with:

Jabatan Harta Intelek Kebangsaan China(CNIPA)  baru-baru ini mengumumkan China akan menyertai tabir urus sejagat dalam hak harta intelek dan menggalakkan keterbukaan hak harta intelek China kepada dunia.

Kenyataan tersebut merupakan susulan daripada pengumuman Dewan Negara China tentang “Pelan Kebangsaan Lima Tahun ke-14 untuk Perlindungan dan Pelaksanaan Hak Harta Intelek”yang mempunyai empat matlamat utama merangkumi peningkatkan tahap perlindungan, penguatkuasaan, perkhidmatan dan kerjasama antarabangsa hak harta intelek.

Seiring dengan pembangunan sains dan teknologi baharu seperti Internet, data raya serta kecerdasan buatan (AI), pengagihan sumber dan penstrukturan ekonomi global sedang dilaksanakan, sekali gus mengutamakan perlindungan hak harta intelek dalam bidang pendigitalan.

Sehubungan itu, China akan memperkasakan penyelidikan dan pengalaman mengenai sistem perlindungan hak harta intelek dalam bidang-bidang baharu tersebut, di samping menyertai urusan antarabangsa dalam hak harta intelek dan menyumbang kepada perkembangan usaha hak harta intelek global.

胡星