China Sokong Perjanjian Komprehensif Nuklear Iran Kembali ke Landasan

2021-11-02 14:55:29  CRI
Share with:

Pelaksanaan perjanjian komprehensif secara berkesan merupakan satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan isu nuklear Iran.

Justeru, Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada Isnin menyatakan bahawa China menyokong secara serius pelaksanaan perjanjian komprehensif nuklear Iran kembali ke landasan yang betul dengan kadar segera.

Terdahulu, kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan pertemuan antara pemimpin negara Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan Britain memberi petunjuk bahawa terdapat kemungkinan untuk tercapainya perjanjian nuklear Iran.

Negara-negara tersebut menyeru Iran untuk menyelesaikan dengan secepat mungkin rundingan tentang pemulihan pelaksanaan perjanjian serta terus mengadakan kerjasama dengan Rusia, China dan Kesatuan Eropah (EU) berhubung perkara tersebut.

Jelas Wang, sebagai punca krisis nuklear Iran pada masa ini, AS perlu membetulkan dasar "tekanan maksimum" yang salah terhadap Iran, manakala Iran pula perlu melaksanakan perjanjian secara komprehensif.

Pada masa sama, beliau turut meminta agar pihak-pihak lain untuk memainkan peranan yang membina dalam isu tersebut.

徐国玮