80% Pempamer Berhimpun Semula di CIIE Ke-4

2021-11-03 14:10:01  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-4 yang dijadualkan di Shanghai pada 5 hingga 10 November, akan menghimpunkan 80% pempamer dari ranking global 500 syarikat terbaik yang pernah menyertai CIIE edisi lalu, dan juga akan menyaksikan peningkatan jumlah pempamer.

Dimaklumkan, CIIE yang semakin profesional merupakan antara faktor yang menyebabkan banyak syarikat sekali lagi memilih menjadi pempamer dalam platform inovasi antarabangsa dan produk teknologi tinggi yang semakin penting ini.

Sepanjang tempoh berlangsungnya ekspo kali ini, 15 buah negara termasuk Brunei Darussalam, Syria, Paletin, Mauritius dan Republik Congo akan menampil buat sulung kalinya dalam pameran negara. Negara-negara pempamer merangkumi negara maju, negara membangun dan negara mundur, dan yang agak aktif adalah negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

高蕾