Risalah Pencegahan Wabak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2021-11-03 13:30:23  CRI
Share with:

Telesidang ke-6 Jawatankuasa Penyelarasan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing di bawah Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) telah diadakan semalam untuk membincangkan isu penting pada peringkat terakhir menjelang perasmian temasya sukan ini.

Telesidang tersebut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Cai Qi dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing IOC, Juan Antonio Samaranch.

Cai Qi berkata, penularan wabak COVID-19 membawa cabaran terhadap penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk. IOC dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diharap bersungguh-sungguh mematuhi peraturan yang terkandung dalam “Risalah Pencegahan Wabak”. Beliau menekankan bahawa pihaknya berazam mengatasi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang prosedur persiapan demi kejayaan temasya sukan ini.

Juan Antonio Samaranch pula menyanjung tinggi kerja persiapan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing. “Risalah Pencegahan Wabak” dianggap sumbangan bagi menjamin kelancaran berlangsungnya acara sukan. IOC akan terus mengekalkan kerjasama dengan Beijing untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

张宪