Tindakan Substantif Diperlukan untuk Hadapi Perubahan Iklim

2021-11-03 15:15:31  CRI
Share with:

Tindakan Substantif Diperlukan untuk Hadapi Perubahan Iklim_fororder_547436771

“Melindungi kata sepakat multilateral”, “menfokuskan pada tindakan substantif” dan “mempercepat transformasi hijau”. Tiga cadangan tersebut dikemukakan Presiden China Xi Jinping dalam ucapan tertulis dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Persidangan Pihak-pihak Pemeterai Ke-26 (COP26) Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB kelmarin.

“Tindakan substantif” merupakan kata kunci dalam rancangan China. Hanya dengan memulakan tindakan, barulah hasrat dan wawasan berkenaan dapat direalisasikan. China mengeluarkan seruan tersebut ekoran situasi global yang kian hari kian cemas dalam usaha menangani isu perubahan iklim.

Pada hari yang sama ketika COP26 dirasmikan, satu laporan dari Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) mendedahkan bahawa tempoh masa 7 tahun yang lalu dijangka merupakan tempoh masa yang paling panas dalam catatan sejarah silam berdasarkan data yang terkumpul dalam 9 bulan pertama tahun ini. Selain itu, kepekatan pelepasan gas rumah hijau pula mencatat rekod baharu pada 2020, dan masih terus meningkat pada tahun ini.

Tindakan Substantif Diperlukan untuk Hadapi Perubahan Iklim_fororder_984198877

“Amalan multilateralisme merupakan langkah yang berkesan”, cadangan dikemukakan Presiden Xi memberi hala tuju kepada tindakan menghadapi perubahan iklim. Sehubungan itu, pelbagai pihak diharap terus mematuhi “Konvesyen Rangka Perubahan Iklim PBB” dan “Perjanjian Paris”, bersama-sama memikul tanggungjawab yang berbeza, khususnya negara-negara maju perlu memberi sokongan yang lebih baik kepada negara-negara membangun dalam usaha menghadapi perubahan iklim.

Adakah pertumbuhan ekonomi akan terjejas dalam usaha menangani perubahan iklim? Menurut Presiden Xi, pembangunan hijau sosioekonomi boleh ditingkatkan melalui inovasi sains dan teknologi. Inilah juga pengalaman yang ditimba daripada pelaksanaan konsep “Gunung Hijau dan Air Jernih Bagaikan Gunung Emas dan Perak”.

Baru-baru ini, pelbagai langkah jaminan sudah pun dijalankan China demi memperjuangkan matlamat puncak pelepasan karbon dan neutral karbon.

Setiausaha Ekskutif Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB, Espinosa yang berhubungan rapat dengan negara G20 pernah menunjukkan, China mempunyai keazaman yang amat kuat untuk menunaikan janji yang dibuatnya.

Perubahan iklim merupakan cabaran global yang memerlukan tindakan global. 

曹捷