AS Digesa Jelaskan Insiden Kapal Selam Nuklearnya

2021-11-03 15:05:21  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) didesak sekali lagi menjelaskan secara terperinci tentang keadaan insiden pelanggaran kapal selam yang berkuasa nuklear di Laut China Selatan, untuk memberikan respons terhadap keprihatinan negara-negara serantau.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam, susulan keputusan siasatan terkini yang diumumkan AS.

Kata beliau, sudah seminggu sejak berlakunya insiden itu, AS baru sahaja mengeluarkan satu kenyataan yang kurang jelas yang mendakwa kapalnya melanggar suatu benda yang tidak dikenal pasti. Dan sudah sebulan sejak berlakunya insiden terbabit, pihaknya baru saja menyebut lagi pelanggaran itu mengena bukit bawah laut yang tidak diketahui namanya, malah sengaja mengelirukan tapak kejadian sebagai perairan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik. Dengan ini, terdedahlah sikap negara Uncle Sam yang tidak tulus dan tidak mahu memikul tanggungjawab kerana pihaknya menyembunyikan tujuan pelayaran kapalnya, tapak berlakunya insiden, sama ada kebocoran nuklear atau tidak, sama ada menjadikan persekitaran laut terjejas atau tidak, yang kesemua ini merupakan kebimbangan pihak-pihak berkepentingan.

Wang mendesak AS segera menghentikan tindakan provokatif di serata tempat dan perbuatan menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara lain.

高蕾