Anugerah Sains dan Teknologi, Cerminan Petua China yang Inovatif

2021-11-04 15:01:29  CRI
Share with:

Majlis Anugerah Sains dan Teknologi Negara Tahun 2020 yang dikenali sebagai temasya sains dan teknologi yang paling berprestij di China telah diadakan di Beijing semalam. Pereka bentuk pesawat terbang, Gu Songfen yang berusia 91 tahun dan ahli sains tenaga nuklear terkemuka di arena antarabangsa, Wang Dazhong telah memenangi Hadiah Sains dan Teknologi Tertinggi Kebangsaan yang dianugerahkan oleh Presiden Xi Jinping.

Inovasi merupakan penggerak utama yang mendorong pembangunan China. Pada lima tahun lalu, China telah menyaksikan hasil inovasi sains dan teknologi yang menakjubkan dalam penerbangan angkasa lepas bermanusia, eksplorasi terhadap bulan, tinjauan berdasarkan penyelaman dalam dan telekomunikasi kuantum. Berkat pencapaian yang gilang-gemilang itu, kedudukan China dalam ranking Indeks Inovasi Global 2020 telah meningkat kepada tangga ke-14 daripada ke-29 pada tahun 2015.

Kini, China merupakan negara yang mempunyai sumber manusia yang skalanya paling besar di dunia, terbukti dengan jumlah tokoh profesional yang meningkat kepada 78.398 juta orang pada tahun 2019 daripada 55.504 juta pada tahun 2010, jumlah keseluruhan kakitangan dalam penyelidikan dan pembangunan yang menduduki tempat pertama dalam ranking dunia untuk lapan tahun berturut-turut, dan jumlah permohonan paten yang menduduki tangga pertama dalam ranking global, iaitu merekodkan 68,720.

Anugerah Sains dan Teknologi, Cerminan Petua China yang Inovatif_fororder_tp

Di samping itu, petua China dalam memacu inovasi juga tidak terlepas dari visi global dan pelaksanaan dasar pintu terbuka. Ini dicerminkan melalui penglibatan pakar asing dalam tiga hadiah besar yang dianugerahkan kali ini.

Anugerah Sains dan Teknologi, Cerminan Petua China yang Inovatif_fororder_tp2

Pada majlis berkenaan, pasukan pencegahan dan kawalan penyakit pernafasan yang diketuai Zhong Nanshan memenangi Anugerah Kemajuan Sains dan Teknologi Negara, dengan jasanya mengutamakan keselamatan nyawa dalam perjuangan menangkis wabak COVID-19, berjaya menyelamatkan penduduk China dalam bilangan yang besar, sekaligus menyumbang kepada kempen global dalam bidang terbabit.

Anugerah Sains dan Teknologi, Cerminan Petua China yang Inovatif_fororder_tp3

Ringkasnya, petua China yang maju dalam bidang inovasi bukan sahaja melibatkan pendidikan terhadap warga sains dan teknologi, tetapi juga sikap terbuka yang diambilnya terhadap pertukaran sains dan teklonogi yang inovatif, malah konsep dan nilai-nilai yang diamalkannya, iaitu kemajuan teknologi demi kesejahteraan umat manusia. Inilah satu praktik yang hidup yang boleh mencerminkan konsep 'komuniti berkongsi nasib sesama insan', dan juga sumbangan penting dari China yang inovatif kepada dunia.

Anugerah Sains dan Teknologi, Cerminan Petua China yang Inovatif_fororder_tp4

高蕾