Xi: Pupuk Suasana Terbuka Demi Kesejahteraan Dunia

2021-11-04 21:42:27  CRI
Share with:

Xi: Pupuk Suasana Terbuka Demi Kesejahteraan Dunia_fororder_1128031871_16360296731711n

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Keempat membuka tirainya di Shanghai malam tadi. Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama melalui video dalam majlis perasmian berkenaan.

Xi menyatakan bahawa keterbukaan merupakan lambang yang menonjol di China pada zaman ini. Dalam tempoh 20 tahun sejak menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), China telah mengintensifkan pembaharuan dan melaksanakan dasar buka pintu dengan menyeluruh, berjaya memegang peluang dan mengatasi cabaran, dan sudi memikul tanggungjawab yang wajar demi kesejahteraan dunia.

Xi menyatakan bahawa keazaman Beijing tidak akan berubah, baik dalam usaha meningkatkan tahap keterbukaan ke arah yang bertaraf tinggi, mahupun menunaikan janji berkongsi peluang pembangunan dengan dunia, malah mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang lebih terbuka, inklusif, relevan dengan umum, seimbang dan sama menang.

Xi menekankan bahawa China sama sekali tidak berganjak dari memelihara amalan multilateralisme yang sebenar, berkongsi peluang pasaran dengan negara lain, kekal mendorong pelaksanaan dasar pintu terbuka ke arah yang bertaraf tinggi, dan menjaga kepentingan bersama seluruh dunia.

Pada akhirnya, Xi menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama dengan negara lain membangunkan ekonomi dunia yang terbuka yang boleh membawa manfaat kepada setiap insan.

曹捷