Pedagang Asing Penuh Yakin Terhadap Pasaran China

2021-11-05 16:32:11  CRI
Share with:

Pedagang Asing Penuh Yakin Terhadap Pasaran China_fororder_36216868

Pasaran China yang besar dan trend penaiktarafan penggunaan dilihat menyediakan peluang kepada "pelanggan lama".

Pelbagai langkah China untuk terus memperluas keterbukaan telah memperkukuh keyakinan mereka untuk melibatkan diri dalam pasaran China.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perubatan Jerman Dräger Greater China, Gabor Polivk berkata, pihaknya telah memperoleh panduan setelah mengikuti Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) sebanyak empat kali hingga mempercepatkan proses penyelidikan dan pembangunan di negaranya.

Beliau turut berharap untuk membawa lebih banyak produk yang belum dikeluarkan dalam negara mereka ke pasaran China menjelang dua hingga tiga tahun akan datang.

Pedagang Asing Penuh Yakin Terhadap Pasaran China_fororder_497220421

Sementara itu, Ketua Pavilion Syria di CIIE, Dong Jingyan pula menyatakan bahawa, produk kategori sabun tidak kelihatan dalam nisbah eskport pada sebelum ini.

Namun jelasnya, pada tahun ini beliau mendapati bahawa 11 peratus sabun buatan Syria telah dieksport ke China, sekali gus mencerminkan nilai eksport tahunan selain mempamerkan perubahan yang sangat baik oleh CIIE kepada perdagangan Syria.

覃淼