Xi Hubungi Presiden Syria

2021-11-06 16:24:27  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghubungi rakan sejawatnya dari Syria, Bashar al-Assad menerusi telefon semalam.

Xi berkata, Syria antara negara Arab yang terlebih dahulu menjalin hubungan diplomatik dengan China, dan juga antara negara yang paling awal mengusulkan keanggotaan Republik Rakyat China dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). China akan terus menyokong Syria dalam usaha melawan wabak, melakukan pembinaan semula dan memulihkan pembangunan sosioekonomi. Syria dialu-alukan melibatkan diri dalam pembangunan bersama di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Inisiatif Pembangunan Global.

Di samping itu, Xi juga menegaskan bahawa China menyokong Syria membela kedaulatan negara, keutuhan wilayah, maruah bangsa, serta menentang campur tangan kuasa luar dalam urusan dalaman.

Bashar menyifatkan ulang tahun ke-50 keanggotaan Republik Rakyat China dalam PBB signifikan bagi rakyatnya, dan mengiktiraf sumbangan besar China dalam memelihara kedamaian, kestabilan dan pembangunan sejagat. Pihaknya ingin mempelajari pengalaman China dalam membangunkan masyarakat sosialis, di samping menyokong pendirian China berhubung isu melibatkan Xinjiang, Tibet, Hong Kong, Taiwan, hak asasi manusia dan Laut China Selatan.

高蕾