Penampilan Perdana Banyak Produk Baharu Semasa CIIE

2021-11-07 15:18:59  CRI
Share with:

Pada 6 hingga 8 November, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 di Shanghai akan menyaksikan berlangsungnya banyak sesi penampilan perdana di dunia, Asia atau China untuk suatu produk, teknologi atau perkhidmatan. Ini bukan sahaja akan menghidangkan pengalaman yang teruja kepada para pengunjung, tetapi juga dilihat boleh mencipta lebih banyak peluang kerjasama kepada pihak pempamer, bahkan menyumbang kepada terbentuknya satu platform baharu yang dapat menjana inspirasi inovatif dan menggalakkan kerjasama serta pembangunan bersama.

Dalam CIIE edisi tahun ini, terdapat 62 buah syarikat akan mengeluarkan lebih 100 buah jenis produk baharu, teknologi canggih dan perkhidmatan inovatif, antaranya lebih separuh daripadanya diperkenalkan di dunia buat pertama kalinya, dan banyak produk baharu adalah direka dan dikeluarkan dengan khususnya menyasarkan pasaran China.

Ini menggambarkan kedinamikan ekonomi China dan keyakinan para pempamer terhadap pasaran China serta kehendak untuk memegang peluang perniagaan di China.

Satu pasaran yang mempunyai populasi seramai lebih 1.4 bilion orang dengan lebih 400 juta daripadanya merupakan golongan berpendapatan sederhana,  mustahil diabaikan sebarang konsortium rentas sempadan. Serentak itu, suasana perniagaan di China bertambah semakin baik dan konsisten, khususnya perlindungan terhadap hak harta intelek semakin terjamin, maka syarikat antarabangsa sudi memperkenalkan teknologi dan produk baharu mereka ke pasaran China.

Yang lebih penting adalah China telah mengambil tindakan yang kondusif seperti yang dijanjikan dalam usaha meningkatkan tahap keterbukaan. Ini telah memperkukuh keyakinan syarikat rentas sempadan. Dalam majlis perasmian CIIE edisi terkini, apa yang ditekankan Presiden China, Xi Jinping tentang keazaman China untuk meningkatkan tahap keterbukaan ke arah yang bertaraf tinggi telah meninggalakkan kesan mendalam kepada dunia luar.

曹捷