Q&A Mengenai Parti Komunis China - Episod 1

2021-11-08 08:49:43  CRI
Share with:

Parti Komunis China (PKC), parti terbesar di dunia yang mempunyai lebih 90 juta anggota akan bersidang pada 8 hingga 11 November ini.

Sidang kali ini bukan sahaja akan menggariskan hala tuju pembangunan China pada masa depan, malah dianggap sebagai tingkap bagi negara lain untuk mengetahui keadaan politik dan hala tuju pembangunan negara ini.

Ingin tahu selanjutnya? Berikutnya Q&A mengenai sidang kali ini.

 

 

Q: Apakah nama sidang kali ini?

A: Sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC, atau secara ringkas disebut sebagai 'Sidang Pleno ke-6'.

 

Q: Apa itu Jawatankuasa Pusat PKC?

A: Jawatankuasa Pusat PKC ialah badan berkuasa tertinggi bagi PKC.

 

Q: Apakah fungsi sidang pleno Jawatankuasa Pusat PKC?

A: Sidang pleno Jawatankuasa Pusat PKC mengkaji dan menetapkan rancangan pembangunan negara, menghimpunkan pandangan semua anggota parti dan meningkatkan perpaduan parti. Sidang pleno ini merupakan komponen penting bagi parti pemerintah dalam mentadbir negara.

 

Q: Sebagai badan berkuasa tertinggi PKC, bagaimana terbentuknya Jawatankuasa Pusat ?

A: Sejak tertubuhnya PKC selama seratus tahun, Jawatankuasa Pusat sekarang adalah penggal ke-19. Jawatankuasa Pusat ini terdiri daripada 204 orang anggota.

Mereka terpilih daripada 2,280 wakil dari seluruh negara melalui pengundian dalam Kongres Kebangsaan ke-19 PKC yang diadakan pada 2017. Tempoh perkhidmatan mereka selama lima tahun.

 

Q: Bagaimana kekerapan Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC sepanjang tempoh perkhidmatan?

A: Kebiasaannya, Jawatankuasa Pusat mengadakan enam hingga tujuh kali sidang pleno dalam tempoh perkhidmatan selama lima tahun. Sidang yang akan diadakan kali ini adalah sidang pleno ke-6.

 

Q: Apakah perkara utama yang dibincangkan pada Sidang Pleno Jawatankuasa Pusat PKC?

A: Sidang pleno kali pertama akan mengadakan perbincangan dan memilih kumpulan pemimpin parti. Siding pleno kedua akan membincangkan pencalonan senarai pemimpin negara penggal baharu dan mengemukakan senarai itu kepada Kongres Rakyat Kebangsaan untuk dibahaskan. Sidang pleno kali ketiga, keempat dan kelima pula akan membincangkan rancangan pembangunan sosioekonomi negara. Banyak dasar yang penting dikeluarkan sempena sidang pleno ketiga. Misalnya, sidang pleno ketiga pada 1978 membuat keputusan untuk melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, serta melancarkan proses pembaharuan di kawasan luar bandar. Sidang pleno pada 1984 melambangkan pelaksanaan dasar pembaharuan diperluaskan dari kawasan luar bandar ke bandar. Manakala sidang pleno pada 1993 memutuskan untuk membina sistem ekonomi pasaran sosialis.

Sementara itu, cadangan berhubung rancangan pembangunan lima tahun yang dilaksanakan di China pada tiga dekad kebelakangan ini semua dikemukakan dalam sidang pleno kelima.

 

Q: Sidang pleno ke-6 kebiasaannya pula membincangkan tentang isu apa?

A: Kesemua  sidang pleno keenam yang diadakan sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada 1978 membincangkan isu ideologi dan pembinaan parti.

Misalnya, sidang pleno pada 2006 mengkaji isu pembinaan masyarakat harmoni sosialis. Sidang pada 2011 mengadakan kajian tentang memperkasakan pembaharuan sistem kebudayaan. Sidang pada 2016, kajian telah dilakukan tentang pentadbiran yang lebih ketat terhadap PKC secara komprehensif, selain menggubal "Beberapa Garis Panduan untuk Kehidupan Politik dalam Parti pada Situasi Baharu" dan meminda "Peraturan Penyeliaan Dalaman PKC."

Sidang Pleno tahun ini akan menyelidik dan menyimpulkan pencapaian penting dan pengalaman sejarah PKC dalam perjuangan seratus tahun yang lalu.

王瑾