Duta Khas China ke UNCCC: Rapatkan Perselisihan, Mencari Persamaan

2021-11-09 15:23:37  CRI
Share with:

Usaha diperlukan untuk merapatkan perselisihan daripada segi politik dan dasar bagi mencari persamaan dalam rundingan berhubung perubahan iklim.

Demikian dinyatakan oleh Duta Khas China mengenai Hal Ehwal Perubahan Iklim, Xie Zhenhua pada Isnin lalu.    

"Agenda Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland telah memasuki fasa kedua. Rundingan peringkat menteri dimulakan pada minggu ini.

"Rundingan ini terbukti amat mencabar kerana pelbagai pihak memegang pendirian masing-masing," katanya.

Menyebut tentang sasaran yang dicadangkan sesetengah negara untuk menghadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius menjelang akhir abad ini, Xie berkata, Perjanjian Paris memutuskan pengawalan kenaikan suhu dalam 2 darjah Celsius berbanding zaman sebelum penginidustrian, sebaik mungkin dalam 1.5 darjah Celsius. Ini telah menjadi konsensus pelbagai negara dan memperlihatkan toleransi yang besar. 

"China tidak ingin melihat kemunculan perselisihan kerana penetapan semula sasaran sehingga menangguhkan penyelesaian masalah utama," katanya.

胡星