China dan AS Capai Deklarasi Bersama Mengenai Perubahan Iklim

2021-11-11 16:12:17  CRI
Share with:

"Deklarasi Bersama China-AS Glasgow mengenai  Intensifkan Tindakan Menghadapi Perubahan Iklim pada 2020-an”diedarkan dalam tempoh Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) yang diadakan di Glasgow, Scotland Rabu lalu.

Kedua-dua pihak menyanjung tinggi kerja yang dilaksanakan setakat ini dan komited berusaha bersama dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain untuk memantapkan pelaksanaan Perjanjian Paris.

Sementara itu, kedua-dua negara akan mengintensifkan tindakan untuk menghadapi perubahan iklim dan menangani dengan berkesan krisis iklim berdasarkan prinsip setiap negara mempunyai tugas yang berbeza tanggungjawab tetap sama dengan mempertimbangkan keadaan di negara masing-masing.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menubuhkan "Kumpulan kerja mengenai mengintensifkan tindakan menghadapi perubahan iklim 2020-an”  bagi mendorong kerjasama dan proses multilateral antara kedua-dua negara dalam bidang perubahan iklim.

徐国玮